Ads 468x60px

25 April 2011

Seminar Anakku Sholeh Anakku Cemerlang 2011

Kanak-kanak merupakan anugerah Allah yang sangat berharga buat ibu bapa. Anak-anak juga merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu dijaga dan dididik dengan sempurna agar dapat berbakti dan mendoakan ibu bapanya di alam barzakh nanti.
Alam kanak-kanak merupakan waktu yang sangat penting dan kritikal untuk ibu bapa membentuk peribadi dan jatidiri anak-anak agar mereka membesar menjadi anak yang soleh dan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru, ibu bapa perlu berusaha melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak semenjak di alam rahim lagi sehinggalah lahir ke dunia. Selain itu, ilmu mengenai psikologi anak-anak sering diabaikan. Jika difahami sekali pun, ianya ditangani dari sudut yang tidak Islamik. Atas dasar inilah,
Bidang Kemuslimahan Pengurus Daerah Pelajar Islam Indonesia (PII)
Pati, Jawa Tengah

mengambil inisiatif mengadakan seminar yang bertajuk
Anakku Soleh Anakku Cemerlang
Objektif
1. Memberi kefahaman kepada para ibu bapa, penjaga serta pendidik mengenai kanak-kanak dari aspek fizikal, psikologi dan sosial mereka. (Kanak-kanak dari lahir hingga 12 tahun)
2. Memberi panduan kepada ibubapa, penjaga serta pendidik kaedah yang terbaik untuk mendidik anak-anak seperti yang digariskan oleh agama Islam.
3. Memberi pendedahan kepada ibubapa, penjaga serta pendidik definisi anak yang cemerlang serta proses yang perlu dilalui untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Siapa Patut Hadir?
  • Ibu
  • Bapa
  • Guru TK
  • Guru Sekolah Dasar
  • Calon Ibu Bapa
  • Calon Guru
  • Kanak-kanak
Pembentang Kertas Kerja

Dr Murizah bt Mohd Zain
  • Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
  • Hospital Sultanah BahiyahAlor Star, Kedah

Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh
  • Pensyarah Usuluddin Kolej Universiti Islam Selangor
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Kolej Universiti Islam Selangor 1432 H
  • Panelis Tanyalah Ustazah TV 9
  • Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Puan Zaharah bt Johari
  • Pakar Psikologi Kanak-Kanak
  • Pengusaha Tadika

Ustazah Razidah bt Adam
  • Penolong Pengarah Kanan
  • Pusat Pengajian Sains Dakwah
  • Institut Latihan Islam Malaysia
Daftar Sekarang
Bila & Di mana?
17 Mei 2011
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Islamic Center
Masjid Raya Baiturrahim Kota Pati
Pati, Jawa Tengah

Berapakah Perlu Anda Bayar?
Individu – Rp50.000,00
Suami Isteri – RM60.000,00
Berkumpulan (5 orang ke atas) – RM30.000,00/seorang
Berminat Menyertainya?
1. Hubungi:
    Fatchul Wachid – 019 5086268
    Cik Erna – 013 4348374
2. Klik dan Daftar


<script>
var linkwithin_site_id = 638677;
</script>

<script src="http://www.linkwithin.com/widget.js">
</script>

<a href="http://www.linkwithin.com/"><img alt="Related Posts Plugin for WordPress, Blogger..." src="http://www.linkwithin.com/pixel.png" style="border: 0pt none;" /></a></div>

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Search

Kajian.Net